Jumaat, 14 Oktober 2011

Mulakan Perniagaan Internet Dengan Program PPL (Pay-Per-Lead)

Maaf kerana saya jarang kemaskini blog memandangkan saya terlalu sibuk dengan kerja offline. Ditambah, saya akan berpindah ke Shah Alam awal bulan November nanti. Hari ini, saya akan berkongsi berkenaan program PPL atau Pay Per Lead.

PPL adalah satu program di mana penganjur PPL akan menyediakan satu benda PERCUMA samada ebook, laporan ringkas, perisian percubaan atau apa jua bahan untuk diedarkan. Penganjur PPL akan melantik agen affiliate untuk membantu mengedarkan ebook tersebut dan setiap kali individu memuat turun ebook tersebut, agen affiliate akan menerima komisyen RM0.50 - RM2.00 bagi setiap download yang berjaya.



Jika dilihat secara kasar, kelihatan penganjur PPL mengalami kerugian kerana terpaksa mengeluarkan modal untuk membayar komisyen kepada agen sedangkan ebook yang disediakan oleh penganjur adalah ebook PERCUMA dan bukan untuk dijual.

Sebenarnya, penganjur PPL, agen affiliate dan prospek yang memuat turun bahan PERCUMA, ketiga-tiga pihak mendapat keuntungan dalam bentuk yang berlainan.


1. Penganjur PPL - Penganjur dapat mengumpul email prospek secara sah bagi tujuan promosi untuk masa depan.

2. Agen affiliate - Agen menerima komisyen bergantung kepada jumlah prospek yang muat turun bahan tersebut.

3. Prospek - Memperolehi bahan / ebook yang dapat dimuat turun secara PERCUMA tanpa mengeluarkan sebarang perbelanjaan.

Apa yang hendak ditekankan di sini, menjadi penganjur PPL sebenarnya lebih mendatangkan keuntungan terutamanya keuntungan dalam masa panjang. Penganjur dapat berkenalan dan berhubung dengan prospek sekiranya terdapat apa-apa promosi yang hendak dikongsi.

Tapi awas, jika tersilap langkah, penganjur PPL boleh rugi jika tidak dijalankan dengan betul. Jadi, apa penyelesaiannya? Penyelesaiannya, saya sarankan anda mendapatkan ebook PERCUMA Panduan Anjur PPL. Ya, ianya PERCUMA.


Semoga berjaya.

7 ulasan:

  1. salam.bro link memang ke minisite kuasa squeeze page ke?

    BalasPadam
  2. @faridpenang: TQ atas pemberitahuan... cmne blh tersilap masuk link plak...

    BalasPadam
  3. adeh.. akhirnya kat last memang kene cari teknik cam maner penganjur PPL dari tersilap langkah atau teknik dalam buat PPL, so beli ebook juga untuk tekni tu.. main point dalam post ni, menarik olahan bro.

    BalasPadam