Rabu, 28 Mac 2012

Tanda-Tanda Dan Rawatan Demam Denggi

Hari ini adalah hari kedua saya disahkan mengidap demam denggi yang masih terkawal. Sebelum ini, saya dapati banyak tanda-tanda demam denggi dan setelah masuk hari ke-3 demam, saya pergi dapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam.


Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus denggi yang disebarkan oleh nyamuk aedes bentina. Cara penyebaran virus denggi adalah melalui gigitan nyamuk daripada orang yang mempunyai demam denggi kepada orang sihat.

Di antara tanda-tanda demam denggi adalah:
1. Demam kuat mengejut dan berterusan.
2. Bintik merah pada kulit.
3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot2, sendi2, kepala dan belakang mata.
4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut.
5. Hilang selera makan.
6. Muntah-mutah.
7. Sakit perut.
8. Rasa pahit pada lidah.
9. Lemah dan tidak bermaya.

Rawatan demam denggi:


Sehingga hari ini, tiada sebarang ubat khusus untuk menyembuhkan demam denggi. Walaubagaimanapun,  berapa perkara asas yang boleh diambil untuk mengawal demam denggi daripada terus berlarutan. Di antaranya ialah:
1. Menghapuskan tempat2 pembaiakan nyamuk aedes.
2. Memperbanyakkan minum air kosong, air susu, jus buah2an dan air isotonik.
3. Makan ubat2 yang dibekalkan oleh doktor. Biasanya ubat demam la.

Oklah, diharapkan sedikit sebanyak info ini dapat membantu anda mengesan dengan lebih awal tanda-tanda sekiranya anda menghidap demam denggi.

Related Posts:

  • Kami Perlukan Pengesahan Anda Terima kasih kerana mendaftar. Kami perlukan pengesahan anda. Sila buka email anda, dan klik pada link pengesahan seperti gambar di bawah ye. Terima kasih =) … Read More
  • Alhamdulillah...Hari ni aku gembira + takut + cuak + ape2 ajela... Biz partner aku tepon bgtau TNB nak kasik projek supply barang kt kami... Alhamdulillah, aku mmg gembira sgt2...tp masa yg same, cuak gak skit...sbb modal besau tu... adei, a… Read More
  • Aku gilo ko???haaa, aku tgh sengkek nok kahwin tahap taik idung masin... nak jual semua rete pusaka yang aku ade... dah upload dalam mudah, tp xapprove lg... nanti dah approve, blh r masukkan link kt sini... Item aku nak jual: 1. Modem Ro… Read More
  • Ni barang aku nak jual Read More
  • Die buat hal lagi!!!Masa otw balik dari paka...xsampai 1km jalan, tibe2 gear kete aku cam lussss aje... xleh masuk gear langsung... adui...aku rase cam nak menjerit aje... belum sebulan kete aku wt hal aritu, kali ni die mai wt hal lg... nak di… Read More

30 ulasan:

  1. kalau nak cepat baik buat sup ketam, renehkan ia.. insyallah after 7/8 jam demam akan surut..

    BalasPadam
  2. Skunk musim denggi ,, risau sgt..masih belajar lg na akhir sem pula tu mnx d hindarkn dr terkena virus mcm ni

    BalasPadam
  3. Demam denggi mmg sgt bahaya. Boleh applu sup ketam dengan rebusan pucuk betik. In shaa Allah demam akan surut cepat.

    BalasPadam