Rabu, 28 Mac 2012

Tanda-Tanda Dan Rawatan Demam Denggi

Hari ini adalah hari kedua saya disahkan mengidap demam denggi yang masih terkawal. Sebelum ini, saya dapati banyak tanda-tanda demam denggi dan setelah masuk hari ke-3 demam, saya pergi dapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Seksyen 7, Shah Alam.


Demam denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus denggi yang disebarkan oleh nyamuk aedes bentina. Cara penyebaran virus denggi adalah melalui gigitan nyamuk daripada orang yang mempunyai demam denggi kepada orang sihat.

Di antara tanda-tanda demam denggi adalah:
1. Demam kuat mengejut dan berterusan.
2. Bintik merah pada kulit.
3. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot2, sendi2, kepala dan belakang mata.
4. Berdarah pada badan, hidung dan mulut.
5. Hilang selera makan.
6. Muntah-mutah.
7. Sakit perut.
8. Rasa pahit pada lidah.
9. Lemah dan tidak bermaya.

Rawatan demam denggi:


Sehingga hari ini, tiada sebarang ubat khusus untuk menyembuhkan demam denggi. Walaubagaimanapun,  berapa perkara asas yang boleh diambil untuk mengawal demam denggi daripada terus berlarutan. Di antaranya ialah:
1. Menghapuskan tempat2 pembaiakan nyamuk aedes.
2. Memperbanyakkan minum air kosong, air susu, jus buah2an dan air isotonik.
3. Makan ubat2 yang dibekalkan oleh doktor. Biasanya ubat demam la.

Oklah, diharapkan sedikit sebanyak info ini dapat membantu anda mengesan dengan lebih awal tanda-tanda sekiranya anda menghidap demam denggi.

Related Posts:

  • Keadaan Mata TerkiniSejak beberapa hari, ramai member2 duk wasap dan pm semula tanya keadaan dan progress mata. Terima kasih saya ucapkan.Untuk maklumkan, selepas 2 kali pembedahan pada mata kiri saya, keadaan mata saya masih lagi seperti dulu d… Read More
  • Post Persoalan Yang Agak Panjang Berkaitan Master.Post persoalan yang agak panjang berkaitan master.Selepas tamat degree hujung 2019, saya buat keputusan untuk menyambung pengajian ke peringkat master. Disebabkan saya dari program Sains Pentadbiran, pada awalnya saya bercada… Read More
  • Mayat Pulang Ke RumahJENAZAH PULANG KE RUMAH Pada satu jumaat, tok imam, tok bilal, tok siak tak datang masjid... Takde orang nak azan zohor... Jadi, saya terpaksa azankan zohor... Juga terpaksa berkhutbah dan terpaksa jadi imam solat jumaat… Read More
  • Haikal Bela SemutHaikal duk ngendap atas katil dengan penuh khusyuk. Ambe pun tanyelah...Ambe: Haikal wat gape tu?Haikal: Haikal tengoh main2 dengan semut hok Haikal bela masa tadika dulu. Hasbu name die.Ambe: Bela semut dari tahun lepah?&nbs… Read More
  • Genap Setahun KemalanganHarini 10/07/2021, genap setahun kemalangan kecik yang menjadi punca awal saya kehilangan sebelah penglihatan a.k.a buta, manakala sebelah lagi terhad dan terjejas.Alhamdulillah, Allah masih bagi peluang kepada saya untuk ter… Read More

30 ulasan:

  1. kalau nak cepat baik buat sup ketam, renehkan ia.. insyallah after 7/8 jam demam akan surut..

    BalasPadam
  2. Skunk musim denggi ,, risau sgt..masih belajar lg na akhir sem pula tu mnx d hindarkn dr terkena virus mcm ni

    BalasPadam
  3. Demam denggi mmg sgt bahaya. Boleh applu sup ketam dengan rebusan pucuk betik. In shaa Allah demam akan surut cepat.

    BalasPadam