Isnin, 21 Mei 2012

Diablo 3 - Permainan RPG Kini Dilancarkan!

Harini sudah hampir seminggu permainan RPG - Diablo 3 dilancarkan secara rasmi pada 15 Mei 2012. Saya pasti ramai peminat permainan Diablo 3 ini tidak melepaskan peluang mencuba permainan aksi-seram ini.


Bagi yang tak tahu apa itu Diablo 3, boleh layari www.diablo3.com. Yang pastinya, saya mula bermain permainan Diablo 3 ini semenjak Diablo versi pertama lagi semasa saya masih bersekolah.

Ketika itu, saya masih lemah dalam bahasa inggeris (sampai kini pun masih lemah.. hihihihi). Saya, kakak saya dan adik saya bermainan Diablo bertemankan sebuah kamus bahasa inggeris - melayu. Hehehehe. Bukan setakat tu, efek bunyi dan suasana menyeramkan menyebabkan kami adik beradik tak berani bermain Diablo waktu malam. Hahahahaha...


Selang beberapa tahun, ketika saya masih menuntut di UiTM, Diablo 2 pun dilancarkan. Masa tu, saya rasa keseramannya dah kurang terserlah. Tak tahulah samaada saya semakin dewasa atau sebab Diablo 2 memang kurang seram. Tak menahannya, karakter dalam Diablo 2 siap ada keris lagi sebagai senjata.

Kini dah keluar Diablo 3. Saya sendiri tak mencubanya lagi. Tak tau bila nak cuba. Permainan Diablo 3 disediakan bagi pengguna Windows dan Mac. Bagi linux, tak pasti la plak. Tapi, mesti ada caranya kot...

P/S: Sapa dah cuba Diablo 3? Boleh kongsi2 info skit :D

Related Posts:

  • Manusia Adalah Ciptaan Yang Istimewa Manusia Adalah Ciptaan Yang IstimewaTubuh badan kita kompleks dan istimewa. Allah dah ciptakan dengan pelbagai kelebihan. Badan manusia juga boleh beradaptasi dengan pelbagai keadaan dan suasana. Badan manusia juga mamp… Read More
  • PDPR Punya CeritaSebut bab pdpr, terus terbayang 3 golongan: cikgu, mak bapak, anak murid.Cikgu yang bersungguh2. Buat video. Buat gugel meet. Sediakan latihan. Walaupun nampak je WFHome, tp kadang2 jadi  WFHell bile ditekan pihak atasan… Read More
  • Luahan Kepada Majlis Perbandaran Dungun Salam. Saya Faizal Syukri ingin bertanya kepada pihak Majlis Perbandaran Dungun berkenaan status permohonan longkang di kawasan Jalan Intan Balai Besar lorong 7 dan lorong 6. Kawasan perumahan ini telah wujud … Read More
  • Beg Sekolah Berat. Apa Solusinya?Sebut pasal beg sekolah, teringat kat anak saya yang baru tahun 1.  Dia punye beg dah macam Datuk Kame pikul cengkerang penyu. Berat jugak. Kesian pun ada. Tapi, nak buat macam mana, terpaksa angkut jugak segala mak nene… Read More
  • Dapat Hotel PERCUMA Guna Aplikasi OYO Ingat dulu2 kali pertama guna aplikasi OYO cari hotel. Tak sangka dapat bilik hotel PERCUMA. Saya pilih ke Kota Bharu, Kelantan dan memilih Hotel Sutera Inn Prima. Sampai kat sane, hanya bayar RM1 untuk cukai pelacongan aje… Read More

3 ulasan:

  1. aku blum cuba..kwn aku dah cuba.katanya kalau nak main kena main online..takde ofline..kena beli akaun pulak..dua ratus lebih tak silap..

    BalasPadam
  2. sy pun xtahu ni...baru nak usha2 tgk ni..:)

    BalasPadam
  3. kena main o9 ?? adui.. ssh tu, iskh.

    BalasPadam