Khamis, 5 Jun 2014

Kelebihan Menggunakan Domain .com Pada Blogspot

Tukar Domain Blogspot Menjadi Dot Com
Ramai orang bertanya saya, apa kelebihan jika menggunakan domain .com pada blogspot ni. Saya akan ceritakan sedikit sebanyak kelebihannya.

Tapi sebelum tu, apa yang perlu anda tahu, apa itu domain? Domain atau link atau URL adalah merujuk kepada alamat blog atau laman web. Seperti contoh, domain atau link atau URL untuk blog saya ialah www.faizalsyukri.com atau boleh sahaya ditulis faizalsyukri.com

Domain asal blog saya ialah http://pejasukri.blogspot.com dan saya telah tukarkan kepada www.faizalsyukri.com tanpa mengubah sedikit pun isi kandungan, template dan lain-lain dalam blog saya. Bahkan saya masih kekalkan penggunaan blogspot saya.

Di antara kelebihan dan kebaikan menggunakan domain .com adalah seperti berikut:

1) Nama blog lebih pendek dan mudah diingat. 
Kalau kita kekal menggunakan .blogspot.com, tentu ianya lebih panjang berbanding .com. Tapi, masa pilih domain .com tu, janganlah plak pilih nama pelik2 dan susah nak sebut.

2) Lebih serius dalam berblogging atau berbisnes.
Perkara ini lebih fokus bagi pengguna blogspot untuk tujuan perniagaan. Jika kita berniaga dan mengekalkan penggunaan domain .blogspot, ianya akan kelihatan kita kurang professional.

3) Syarikat pengiklanan lebih suka beriklan dalam blog .com.
Terdapat ramai pengiklan di luar samaada dari syarikat atau orang persendirian mencari laman web atau blog yang boleh mengiklankan produk atuu servis mereka. Keutamaan dalam pilihan adalah pada blog yang menggunakan .com

4) Boleh miliki email identiti sendiri.
Seperti domain blog saya, faizalsyukri.com, saya memiliki email saya sendiri iaitu admin@faizalsyukri.com . Anda taknak ke email dengan identiti anda sendiri? =)

5) Seperti yang sedia maklum, blogspot ini adalah anak emas dan dimiliki oleh google. Jadi, jika mereka ingin padamkan blog anda, pada bila-bila masa sahaja mereka boleh buat demikian. Jika anda masih kekalkan nama domain .blogspot anda, jika blog anda dipadam, maka hilanglah blog anda berserta domain tersebut. Tapi, jika anda menggunakan domain .com, sekurang2nya anda boleh mulakan kembali blog baru menggunakan nama lama.

Sebenarnya, pemilihan domain bukan sahaja .com. Anda boleh memilih untuk menggunakan .com / .org / .net / .biz / .com.my / .my. Harganya adalah berbeza dan syaratnya juga berbeza.

Jika anda berminat untuk menukar domain blogspot anda, anda boleh menghubungi saya:

Tel / Whatsapp: 0146069996
Email: admin@faizalsyukri.com
PM fb: https://fb.com/messages/pejasukri

** Kos dan harganya adalah berbeza bergantung domain yang anda inginkan

Related Posts:

  • Penting Untuk Temuduga KPLIKali ini posting Peja ringkas aje. Sekiranya kengkawan ataupun rakan2 anda, jiran2 anda, adik beradik anda, anak2 anda akan menduduki temuduga KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah), ada sesuatu boleh membantu. Sebentar ta… Read More
  • Peraduan Teka GambarSebenarnya, Peja anjurkan peraduan ni start 1 November lagi... Peraduan kali ni dah siri ke-3 dah. Sebelum ni dah ada 2 pemenang. Untuk sertai pertandingan ni, hanya perlu ke http://www.tekagambar.co.cc. Tiada bayaran dikena… Read More
  • Bertudung... tapi...Haaa, nak bagitau sikit, URL blog Peja telah bertukar. Sebelum ini http://faizalsyukri.blogspot.com, tetapi dah bertukar menjadi http://pejasukri.blogspot.com. Kali ini Peja nak kongsi satu citer. 2 hari lepas, tengah2 surfi… Read More
  • Telor DiBasuh Punye PenanganFuh, pejam celik pejam celik, sedar tak sedar, dah lebih 8 jam Peja ngadap blog TelorDiBasuh ni... Dari start lepas solat subuh, sampai berenti lunch dan solat zohor kemudian sambung lagi sampai sekarang... Tapi memang syok a… Read More
  • Forum Baru Untuk Seluruh Rakyat MalaysiaHaaaaa, semalam masa Peja duk berfacebook, tibe2 ada kawan lama Peja zaman skolah ajak Peja join satu forum ni. Forum ni adalah khas untuk semua rakyat Malaysia terutamanya rakyat negeri Terengganu. Kalau kengkawan bukan oran… Read More

0 komen:

Catat Ulasan