Selasa, 13 Jun 2023
Mahal Betul Bila Amalkan IFLK. Ye ke?
Mahal Betul Bila Amalkan IFLK. Ye ke?
"Buat IFLK ni banyak makan duit sebab kene beli almond flour lah, psyllium husk lah, coconut flourlah, olive oil lah, whipping cream lah."
Tak tak tak. Tak wajib dan tak perlu pun bende2 alah tu. Nak beli pun, terpulanglah. Makan macam biasa je. Kalau biasa makan nasi putih lauk kari ayam, ikan goreng, kankung belacan. Kali ni kite tukar sikit je. Jangan amik nasi. Yang lain macam biasa.
"Habis tu kalau tak makan nasi, macam mana nak kenyang?"
Kalau tak kenyang, gantikan nasi dengan telur goreng hancur 2 bijik, makan ayam 2 ketoi, ikan goreng 2 ekor.
"Alahai, banyaknye lauk. Mahallah jugak"
Gini bang, akak, pakcik, makcik, kalau mahalpun, sekali ni je makan. Lepas tu kenyang menyandor macam ulo sawe telang lembu sekor. Kalau buleh masok sendiri, lagi jimat. Makan sekali dua, kenyang 24jam.
Saya dulu zaman2 berat 150kg tu, makan sikit je lauk. Tapi 6x sehari.
Breakfast: Nasi lemok + lauk ayam + nescafe ping.
Minum pagi: Nasi minyok + lauk daging + kopi ping.
Lunch: Nasi putih + ayam + sayur + teh o ping.
Minum petang: Mi kari + pisang goreng + milo kosong ping.
Makan malam: Nasi goreng + telur mata + barli ping.
Minum malam: Megi bodo + telo goyang + teh ping.
Mahal ke muroh ni? Parok jugok ni. Tu baru kos makan. Tak termasuk kos petrol gi kedai. Hahahahaha. Siap pakej lemak extra + kincin manis + darah tinggey lagi.
Makan nasi pun tak kenyang2 jugak.
"Ambe Oyat Doh" (Tiru tagline pokcik I Have Spoken"
Jom reversed diabetes >> https://bit.ly/SihatIFLK
Related Posts:
Tak Makan Nasi Boleh Kenyang Ke? Tak makan karbo memanglah gula dalam darah tak naik. Tapi kenyang ke?Berdasarkan pengalaman saya, makan karbo memang cepat sangat kenyang, tapi juga sangat cepat lapar. Dengan kata lain, kenyang tu agak singkat masanya.… Read More
Gula Boleh Meningkatkan Risiko Penyakit JantungGula Boleh Meningkatkan Risiko Penyakit JantungMakanan tinggi gula telah dikaitkan dengan peningkatan risiko banyak penyakit, termasuk penyakit jantung, punca kematian nombor satu di seluruh dunia.Terdapat banyak bukti menunj… Read More
Pemanis Pengganti Gula Yang Sihat Makanan manis kebanyakan disukai oleh hampir kebanyakan rakyat Malaysia. Maksud manis di sini ialah manis secukup rasa, bukan manis yang teramat sangat sampai sampai sakit tekak nak telan.Tapi, kebanyakan sumber manis n… Read More
Gula Boleh Menyebabkan Pertambahan Berat Badan Gula Boleh Menyebabkan Pertambahan Berat Badan.Kadar obesiti semakin meningkat di seluruh dunia. Gula adalah salah satu punca utama. Minuman manis seperti soda, jus dan teh tarik dan pelbagai lagi, mengandungi kan… Read More
Gula Punca Pertumbuhan Dan Perkembangan Jerawat Gula Punca Pertumbuhan Dan Perkembangan JerawatMakanan yang tinggi karbohidrat termasuk makanan dan minuman manis, dikaitkan dengan pertumbuhan jerawat dengan lebih banyak. Makanan yang mempunyai indeks glisemik tinggi … Read More
0 komen:
Catat Ulasan